Photobucket i heart elmo



abahku, H E R O ku . .

pagi. tenang. sunyi.
termenung sebentar di depan tingkap memandang ke luar jendela, melihat adik adik yang tidak di kenali siapa berjalan di waktu begini tanpa di temani mak ayah di samping mereka. Tidak tahu mengapa sejak semalam aku seperti susah untuk lelap kan mata setelah tamat perbualan aku bersama si dia. rindukan dia kah? rasenya hati dan fikiran aku tidak diganggu itu, kerana syukur,kami bahagia tanpa sebarang masalah,alhamdulillah.

aku yakin, apa yang aku rindukan sekarang adalah dia, dia yang dipanggil abah. teringat aku pesanan ringkas yang di kirimnya. pesanan ringkas yang telah mengambil semua kefokusan aku. sedih rasa sebak di dada.

**selamat belajar, jangan risau anak ku sayang**

ucapan doa si dia melalui text. terima kasih abah, itu saja yang mampu aku ungkap. aku ta tahu kenapa hati aku gundah, fikiran aku tanpa arah, mata memandang tanpa aku sedar apa yang sedang aku lihat. lantas muka aku menoleh ke sebelah melihat kalendar yang di pangkah bulat bulat pada tarikh keramat 21 may 2012. ya, keputusan peperiksaan ku keluar tak lama lagi. kini aku menghitung hari ditemani rasa gusar di hati. apakah aku dapat memberitahu berita gembira kepada keluarga ataupun sebaliknya. ya allah, permudahkan setiap kejadian. 

abah,aku di sini tanpa nasihat nasihatmu. aku di sini jauh daripada pandangan matamu. aku di sini di iringi setiap doa daripadamu. abah,aku tahu kau risaukan anak mu yang hilang jagaan seorang ibu. namun,kau tutup semua perasaan itu kerana kau yakin aku mampu berdiri dan terus berdikari tanpa kau di depan aku. abah, aku datang ke sini mahu belajar, mahu pulang bersama sama kejayaan. abah,kau tak minta lebih daripada aku, cukup sekadar aku ikhlas menerima ilmu. abah,maafkan aku seandainya suatu ketika dahulu aku pernah buat kau terduduk kecewa di sebabkan aku. abah, kekuatan kau pembangkit semangat aku. kepenatan bekerja tak pernah kau merungut. kau tegur di saat kami tersilap langkah. kau beri segala apa yang kami pinta. kau bersusah demi memenuhi keinginan kami semua. maafkan kami abah.

pernah suatu hari mama memberitahu aku.
kata kata daripadamu yang tak pernah aku tahu.

** dia anak kesayangan aku sorang tu **

terkejut aku ketika itu, tak mampu aku melemparkan senyuman malah berlalu pergi dari situ, mengenangkan tentang apa yang telah disampaikan oleh seorang ibu. Ya Allah , bermakna sungguh kata kata abah itu. 

kini kami jauh. telefon lah menjadi perantaraan kami. kata kata I LOVE YOU pengakhiran perbualan kami. alhamdulillah, hilang rasa RINDU di hati.
tapi rasa rindu aku pada keluarga boleh di ubati dengan mendoakan mereka dalam setiap sujud ku .
abah,iloveyou.
abah.thankyou.


minta ampun maaf sori dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai selama menjadi anak mu, aku pernah menguris hati.
abah,imissyou !




nota cinta : no one can change ur part in my life, in my heart untill im die (:

|


copyright blogskin byschaaalhassan