Photobucket i heart elmo



bestie (:



Bercerita tentang seorang kawan yang tidak pasti di mana datangnya dia. Perkenalan tanpa dirancang. Mungkin ianya kehendak illahi. Dye datang mungkin untuk membimbing aku, membimbing aku menjadi gadis yang cukup tenang dipandang. Baginya rupa bukan garis ukur pekenalan. Dye ikhlas memulakan persahabatan. Katanya, dia sayangkan aku lebih dari seorang rakan. Terima kasih MFA , awak hadir memberi cahaya kegembiraan, awak hadir isi kekosongan, awak hadir dengar segala cerita yang bertandang.

Kata awak, bersyukur kerana dapat mengenali saya. Kata awak,saya orang yang paling awak sayang. Lantas diminta oleh awak supaya kekalkan perhubungan. Serta tidak mahu ditinggalkan. Insyaallah,andai yang di atas mengizinkan.

Awak lelaki yang kuat. Awak lelaki yang taat. Awak buat saya jadi hormat. Pernah di ceritakan awak,dulu dulu awak nakal. Alhamdulillah,pekenalan kite ubahkan awak. Saya bahagia mendengarnya. Awak pernah minta, ditegur sekiranya tersilap. Di ingatkan seandainya terlupa. Jangan pergi sekirenye tercipta satu perkara yang tidak di sengaja.
Selalu awak minta kite akan bersama, tapi sayangnya saya dah berpunya. Maaf sekiranye saya hanya anggap awak abang saya sahaja, takut untuk saya beritahu awak semula kerana pernah diungkap namun awak enggan menerima keputusan saya. Awak matang buatkan kita  selesa bersama. Terima kasih MFA.


**lelaki yang H E B A T adalah lelaki yang sentiasa memastikan gadis kesayangannya menutup aurat**





Alhamdulillah,awak suka saya bertudung. C O M E L itu lah perkataan yang selalu awak ungkapkan. Terima kasih, semua itu pemberian daripada TUHAN. Di bualkan di dalam text tentang peribadi diri masing masing, lalu terselit satu permintaan daripada hati awak,

 ** boleh tak awak terus pakai tudung seperti sekarang sebab umi suka orang bertudung. Sekarang saya mahu mencari seorang yang macam awak, ikhlas daripada hati saya**

Janji saya, tidak mungkin terdetik untuk saya membuka hijab di kepala. Sudah sebati yakinnya. Dan awak,terima kasih atas permintaan yang sudah cukup memberi saya senyuman keyakinan. Awak banyak berubah dalam kehidupan. Setia berkawan cukup dengan saya seorang , sampaikan pernah awak Tanya,

**tak rindukan saya ke sampai tak hanta satu text pon, saya selalu tunggu,rindu !**

 terharu rasa . maaf,saya memang begitu . Namun ta text tak bermakna saya ta rindu. Sehingga kini awak tahu tentang itu.
Setiap kali bertemu,awak puji saya selalu. Suka tengok saya bertudung lagi kata nya. Buatkan awak makin rindu dan mahu cepat bertemu. Sabar ya kawan ku,awak selalu ade dalam setiap doa ku.

Walau siapa pun awak, dari mana datang nya awak,terima kasih kerana keikhlasan awak sangat terlihat dan sangat di rasai. Awak datang menjadi penyuluh setiap kegelapan. Awak di sisi memberi semangat untuk saya terus berjuang. Terima kasih MFA.


awak selalu baca blog saya,terima kasih ya (:



**pic blur**
tu text daripada awak waktu saya cuba pergi daripada hidup awak,
saya memang enggan berkawan dengan awak pada mula nya, entah mengapa mungkin saya sudah berpunya agaknya.
tapi kata nya awak, awak tak mahu saya pergi daripada kehidupan awak,
alhamdulillah sehingga kini kite baik baik sentiasa.
gaduh memang jarang sekali lah.
bahagia memang tak disangka sangka.
awak kawan dunia akhirat lah (:


nota hati : awak tetap kawan saya sehingga ke akhirnya (:

|


copyright blogskin byschaaalhassan