Photobucket i heart elmo



alhamdulillah (:

pagi. sunyi. dingin. kelas pula bakal menyusur sebentar lagi. entry di taip penuh teliti. diungkap setiap satu tulus daripada hati.Alhamdulillah,pagi dimulakan dengan langkah rezeki. Keputusan  keluar mengisi hari. Lantas senyuman pula terukir menaikan dua buah pipi. >__<
                    
Saat yang di nantikan. Masa telah pun sampai. Keputusan disemak tanpa disengajakan. Tujuan utama aku saja mahu membaca info di laman berpuaka itu. tup tup terbuka terus laman pengumuman markah peperiksaan yang tak di minta. cepat cepat aku pangkah keluar namun sempat di intai roomate tercinta. aku beranikan diri melihat keputusan walaupun sekadar membuka sebelah mata sahaja. debar tawuk. aku penah jadi kakak carry dan saat menyemak keputusan tadi,aku tak mahu saat itu terulang lagi.

Alhamdulillah,Allah mengizinkan aku berasa senang hati atas kurniaan markah yang aku perolehi. Mungkin tak berapa tinggi,namun rasa syukur masih tersemat erat di dalam hati. Mama , abah, syed azim , janji aku pada anda semua telah pun aku jadikan realiti, semester kedua aku takde carry dan inilah BUKTI. 
abah insan pertama yang mengatahui keputusan aku semester ni. 

Mama abah,maaf aku tak berdaya peroleh pointer setinggi mereka. cukup sekadar lulus semua. subjek yang tak disangka akhirnya lulus sebaik baiknya. Kakak pula mahu aku cepat cepat pulang,katanya mahu belanja. Mekdi pula yang aku minta. favourite baik punya.  mekdi wait me ya. hihi :)

kawan kawan seperjuangan, taniah buat awak awak semua, dapat pointer comel comel belaka. dalam geng aku tetap juara . tak mahu di kalah kan cik siti dan seangkatan dengannya. kepada yang jadi kakak atau abang abang repeat, tolong jangan rasa MALU yer . kite belajar daripada tak tahu apa apa terus jadi penuh ilmu di dada. Dan daripada situ usaha kita makin jitu malah bermutu. Niat untuk belajar akan terus membangun. Korang semua tetap hebat di mata aku. jangan risau, peluang cerah still menunggu. Susah sekarang tak bererti korang tak mampu. MOVE ON MOVE ON. . aku support korang daripada belakang. :)

puan sukma tengs atas segala tunjuk ajar. ukb lah keputusan paling aku gusar. lastly,keluar dengan penuh perasaan sugar bugar. Lepas melihat keputusan subjek puan, enset dicapai untuk menghantar mjs tanda tulus ingatan. Alhamdulillah puan balas besertakan ucapan (: 

kepada kawan terbaik, i mean TAUFIQ . . . terima kasih perkataan paling tepat buat awak. Siyes tengok je result ukb terus teringat awak , annoying je asew  terima kasih bantu saya menyiapkan assigment ukb dengan sempurna. Kalau takde awak , setiap TOPIK mesti saya jadi BLUR. saya tahu awak sakit hati ajar budak PENDING macam saya. Jelas macam mana pon asyik tak kena. Otak memikir sampai batu pahat sana. hahaha. Tak tahu saya macam mana nak balas jasa anda, hanya mampu mendoakan kejayaan awak dalam setiap sujud saya. Mungkin saya seorang kawan yang menyusahkan sepanjang semester dua anda, maaf saya, saya memang tak sengaja. Tapi apa yang perlu awak tahu awak tetap AVATAR ukb saya. Kata kata pengaharapan supaya tak kecewa selepas jawab paper hari tu,saya pegang sampai ke akhirnya. Awak mentor UKB saya. Muka fokus awak dalam kelas jadi ingatan lam minda buat selamanya. err, neway thousand of CONGRATE awak lulus semua subjek pointer pun kacak macam muka awak. HAHA.

Buat firdaus juga jerry, tenkiu datang kasi semangat selepas aku hampir jatuh tergolek golek jawab ukb hari tu, korang minta aku berdoa, sebab itu je jalan yang ada. Aku yakin dengan apa yang korang kata, dan aku buat itu seikhlasnya. subahanallah,semua ini kuasa Allah. Aku bersyukur seadanya apa yang aku terima.
Terima kasih ya awak berdua (:




|


copyright blogskin byschaaalhassan